Monday, 1 February 2021

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2021

Untuk permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2021, ada 2 cara iaitu :-

Cara Pertama

  • Borang permohonan boleh di ambil di pondok jaga sekolah bermula 27 Januari 2021

Cara Kedua

  • Ibu bapa boleh mencetak sendiri borang tersebut seperti yang di lampirkan

Syarat Permohonan
Pendapatan ibu bapa sama atau tidak lebih daripada RM3000

Tatacara
1. Ibubapa/penjaga muat turun borang dan print.

2. Isi borang dengan lengkap dan MESTI ada pengesahan majikan/penghulu/kakitangan awam Gred A/Pesuruhjaya Sumpah

3. Sertakan salinan kad pengenalan penjaga, surat beranak anak, slip gaji/surat majikan yang diakui sah.

4. Bagi ibubapa/penjaga yang bekerja sendiri atau tiada slip gaji, perlu isi Borang PB2 dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Majikan/Penghulu/kakitangan Awam Gred A

Cara serahan borang kepada sekolah

1. Hantar hardcopy borang kepada sekolah secara 'drop off' di pondok pengawal selewat-lewatnya 30 Januari 2021 jam 5 petang.

Satu borang permohonan untuk 1 murid sahaja. Jika mempunyai adik beradik di sekolah yang sama, perlu mengambil atau mencetak borang yang lain.

Klik di bawah untuk dapatkan borang


No comments:

Post a Comment