Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Monday, 15 February 2021

Pertandingan Bahasa Inggeris Antarabangsa 2021

Klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas
 
For HIPPO 2021, the students have to register online and make the payment online. They can register via the link below (click the link).

https://english.edu.my/register-hippo


The payment information will be shown after they submit the registration form. 

Thank you.

 

Jadual Pembukaan Kedai Buku Sekolah Dalam Bulan Februari 2021

Memandangkan tarikh PKP sudah dilanjutkan dan  pembelian buku di kedai buku sekolah  sudah berkurangan, maka pihak syarikat akan beroperasi seperti jadual yang dikeluarkan. Harap maklum & terima kasih.

Program Bijak Sifir - Anjuran Panitia Matematik SKSRD 2021


  • Dapatkan kad sifir setelah urusan pengambilan buku teks selesai dilakukan.
  • Anak-anak diminta menghafal sifir 2 hingga 12.
  • Ibubapa/penjaga/abang/kakak boleh menyemak dan menandatangani kad sifir tersebut.

Sekian Terima Kasih.

"Hafal Sifir Matematik Menjadi Mudah"

Ujian Pencarian Murid Pintar dan Berbakat - Permata Pintar


 

Senarai Buku Tahun 4 / 2021

 Tekan pada gambar-gambar dibawah untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.

Senarai buku Tahun 4 / 2021. Boleh dapatkan senarai ini di kedai buku sekolah.

Buku aktiviti BM Tahun 4.

Buku aktiviti Matematik Tahun 4.


Buku aktiviti Sejarah Tahun 4.


Buku aktiviti Sains Tahun 4.


Buku aktiviti Pendidikan Islam Tahun 4.

Buku aktiviti Jawi Tahun 4.


Buku aktiviti Bahasa Inggeris Tahun 4.

Buku aktiviti Bahasa Arab Tahun 4.

Tuesday, 2 February 2021

Majlis Lambaian Kasih Budi Disanjung - Puan Hjh. Norfadhilahwati Binti Mohamad


 

Jom Kenali Barisan Guru Sesi Pagi 2021

 






Perkongsian dari Cikgu Yusliza - Bimbingan dan Kaunseling

Pengoperasian Kedai Buku Sekolah

Assalamualaikum. Info terkini

1. Mesej TKPPM SOS dan Pengarah JPN Selangor melalui applikasi Whatsapp pada 26 Jan. 2021 tentang pengoperasian kedai buku sekolah adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa kedai buku sekolah adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan penuh kepada SOP yang ketat.

3. Kebenaran ini adalah bertujuan untuk membolehkan ibu bapa/penjaga dapat menyediakan peralatan persekolahan murid-murid.

4. Pengoperasian kedai buku tersebut mematuhi semua peraturan dan prosedur yang sedang berkuatkuasa terutamanya yang berkait dengan pencegahan penularan Covid-19.

Terima kasih.
Moga dirahmati Allah.

Borang Usul PIBG SK SG Ramal Dalam 2021

Berikut merupakan BORANG USUL PIBG 2021.

Mohon jasa baik ibu bapa/penjaga mengisinya jika ada sebarang usul untuk dibawa ke Mesyuarat Agung PIBG 2021 nanti.

Tarikh pengisian borang usul ialah pada 25/1 hingga 31/1/2021.

Borang Penyataan Usul Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 44 (PIBG) SKSRD
Sila klik borang di sini

Terima kasih.

Monday, 1 February 2021

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2021

Untuk permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2021, ada 2 cara iaitu :-

Cara Pertama

  • Borang permohonan boleh di ambil di pondok jaga sekolah bermula 27 Januari 2021

Cara Kedua

  • Ibu bapa boleh mencetak sendiri borang tersebut seperti yang di lampirkan

Syarat Permohonan
Pendapatan ibu bapa sama atau tidak lebih daripada RM3000

Tatacara
1. Ibubapa/penjaga muat turun borang dan print.

2. Isi borang dengan lengkap dan MESTI ada pengesahan majikan/penghulu/kakitangan awam Gred A/Pesuruhjaya Sumpah

3. Sertakan salinan kad pengenalan penjaga, surat beranak anak, slip gaji/surat majikan yang diakui sah.

4. Bagi ibubapa/penjaga yang bekerja sendiri atau tiada slip gaji, perlu isi Borang PB2 dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Majikan/Penghulu/kakitangan Awam Gred A

Cara serahan borang kepada sekolah

1. Hantar hardcopy borang kepada sekolah secara 'drop off' di pondok pengawal selewat-lewatnya 30 Januari 2021 jam 5 petang.

Satu borang permohonan untuk 1 murid sahaja. Jika mempunyai adik beradik di sekolah yang sama, perlu mengambil atau mencetak borang yang lain.

Klik di bawah untuk dapatkan borang


TV SURADA Ucapan Guru Besar Sempena Sesi Persekolahan 2021

 Ucapan Guru Besar 



Saturday, 16 January 2021