Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Monday, 15 February 2021

Pertandingan Bahasa Inggeris Antarabangsa 2021

Klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas
 
For HIPPO 2021, the students have to register online and make the payment online. They can register via the link below (click the link).

https://english.edu.my/register-hippo


The payment information will be shown after they submit the registration form. 

Thank you.

 

Jadual Pembukaan Kedai Buku Sekolah Dalam Bulan Februari 2021

Memandangkan tarikh PKP sudah dilanjutkan dan  pembelian buku di kedai buku sekolah  sudah berkurangan, maka pihak syarikat akan beroperasi seperti jadual yang dikeluarkan. Harap maklum & terima kasih.

Program Bijak Sifir - Anjuran Panitia Matematik SKSRD 2021


  • Dapatkan kad sifir setelah urusan pengambilan buku teks selesai dilakukan.
  • Anak-anak diminta menghafal sifir 2 hingga 12.
  • Ibubapa/penjaga/abang/kakak boleh menyemak dan menandatangani kad sifir tersebut.

Sekian Terima Kasih.

"Hafal Sifir Matematik Menjadi Mudah"

Pengemaskinian Maklumat Ibu Bapa / Penjaga Secara dalam Talian (APDM 2021)


Senarai Buku Tahun 4 / 2021

 Tekan pada gambar-gambar dibawah untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.

Senarai buku Tahun 4 / 2021. Boleh dapatkan senarai ini di kedai buku sekolah.

Buku aktiviti BM Tahun 4.

Buku aktiviti Matematik Tahun 4.


Buku aktiviti Sejarah Tahun 4.


Buku aktiviti Sains Tahun 4.


Buku aktiviti Pendidikan Islam Tahun 4.

Buku aktiviti Jawi Tahun 4.


Buku aktiviti Bahasa Inggeris Tahun 4.

Buku aktiviti Bahasa Arab Tahun 4.

Friday, 12 February 2021

Kemaskini Maklumat Murid - Borang Softcopy Yang Telah Diringkaskan

Assalamualaikum.

Borang Softcopy Yang Telah Diringkaskan

Jika ada masalah dalam kemaskini maklumat di http://public.moe.gov.my, boleh guna borang ini dan hantar (pm) guru kelas. 

1. Nama murid :
2. No mykid :
3. Alamat rumah :  
4. Nama Penjaga Utama :
5. No kad pengenalan :
6. Pekerjaan :
7. No telefon :
8. Pendapatan :
9. Bil tangunggan :
    (Tahun lahir setiap anak)
    No. 1:
           2:
           3: __
(Seterusnya jika ada)
10. 4. Nama Penjaga kedua :
11. No kad pengenalan :
12. Pekerjaan : TIADA
13. No telefon :
14. Pendapatan :

Mohon isi dan PM cikgu. Terima kasih.

Tuesday, 2 February 2021

Jadual Pemulangan dan Pengambilan Buku Teks / Senarai Semak Buku Teks Tahun 3

Assalamualaikum wr wb. Ibu / bapa / penjaga SKSRD sekalian.

Pihak sekolah baru sahaja menerima kebenaran menjalankan Operasi SPBT 2020/ 2021. Jadual pemulangan dan peminjaman rujuk jadual yang diberikan.

Jadual Pemulangan Buku Teks dan Pengambilan Buku Teks

Senarai Semak Buku Teks Tahun 3

 

Jadual Pemulangan Buku Teks dan Senarai Semak Buku Teks Tahun 3 boleh dapatkan di sini

Sebagai persediaan awal, mohon ibu/bapa penjaga mengikat BUKU TEKS mengikut susunan yang dilampirkan dengan menggunakan tali dan tidak diikat mati (hanya ikat riben) beserta lampiran senarai semak pemulangan. (Boleh cetak atau di tulis tangan seperti Lampiran Senarai Semak)

Susunan buku yang betul ialah  buku Bahasa Malaysia di bawah ikatan, manakala buku Pendidikan Islam (diikuti Story Book yang bersaiz kecil) di bahagian atas ikatan.

Sebarang kehilangan hendaklah disertakan dengan gantian supaya anak tuan puan dapat menerima buku untuk tahun seterusnya.

Lampiran senarai semak disediakan.

Sekian. Terima kasih.
#terimabaikpulangbaik.

Unit SPBT, HEM
SKSRD


Pengoperasian Kedai Buku Sekolah

Assalamualaikum. Info terkini

1. Mesej TKPPM SOS dan Pengarah JPN Selangor melalui applikasi Whatsapp pada 26 Jan. 2021 tentang pengoperasian kedai buku sekolah adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa kedai buku sekolah adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan penuh kepada SOP yang ketat.

3. Kebenaran ini adalah bertujuan untuk membolehkan ibu bapa/penjaga dapat menyediakan peralatan persekolahan murid-murid.

4. Pengoperasian kedai buku tersebut mematuhi semua peraturan dan prosedur yang sedang berkuatkuasa terutamanya yang berkait dengan pencegahan penularan Covid-19.

Terima kasih.
Moga dirahmati Allah.

Borang Usul PIBG SK SG Ramal Dalam 2021

Berikut merupakan BORANG USUL PIBG 2021.

Mohon jasa baik ibu bapa/penjaga mengisinya jika ada sebarang usul untuk dibawa ke Mesyuarat Agung PIBG 2021 nanti.

Tarikh pengisian borang usul ialah pada 25/1 hingga 31/1/2021.

Borang Penyataan Usul Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 44 (PIBG) SKSRD
Sila klik borang di sini

Terima kasih.

Monday, 1 February 2021

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2021

Untuk permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2021, ada 2 cara iaitu :-

Cara Pertama

  • Borang permohonan boleh di ambil di pondok jaga sekolah bermula 27 Januari 2021

Cara Kedua

  • Ibu bapa boleh mencetak sendiri borang tersebut seperti yang di lampirkan

Syarat Permohonan
Pendapatan ibu bapa sama atau tidak lebih daripada RM3000

Tatacara
1. Ibubapa/penjaga muat turun borang dan print.

2. Isi borang dengan lengkap dan MESTI ada pengesahan majikan/penghulu/kakitangan awam Gred A/Pesuruhjaya Sumpah

3. Sertakan salinan kad pengenalan penjaga, surat beranak anak, slip gaji/surat majikan yang diakui sah.

4. Bagi ibubapa/penjaga yang bekerja sendiri atau tiada slip gaji, perlu isi Borang PB2 dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Majikan/Penghulu/kakitangan Awam Gred A

Cara serahan borang kepada sekolah

1. Hantar hardcopy borang kepada sekolah secara 'drop off' di pondok pengawal selewat-lewatnya 30 Januari 2021 jam 5 petang.

Satu borang permohonan untuk 1 murid sahaja. Jika mempunyai adik beradik di sekolah yang sama, perlu mengambil atau mencetak borang yang lain.

Klik di bawah untuk dapatkan borang


TV SURADA Ucapan Guru Besar Sempena Sesi Persekolahan 2021

 Ucapan Guru Besar 



Makluman Awal Operasi SPBT 2020/2021

Click the image to see it clearly. Klik di gambar untuk lihat dengan lebih jelas.


Assalamualaikum wr wb. Ibu / bapa / penjaga SKSRD sekalian.

Pihak sekolah baru sahaja menerima kebenaran menjalankan Operasi SPBT 2020/ 2021.

Jadual pemulangan dan peminjaman akan disebarkan pada minggu hadapan.(Selepas pengumuman terkini MKN berkaitan PKP)

Sebagai persediaan awal, mohon ibu/bapa penjaga mengikat BUKU TEKS mengikut susunan yang dilampirkan dengan menggunakan tali dan tidak diikat mati (hanya ikat riben) beserta lampiran senarai semak pemulangan. (Boleh cetak atau di tulis tangan seperti Lampiran Senarai Semak).

Susunan buku yang betul ialah
Buku Bahasa Malaysia di bawah ikatan,
Buku Pendidikan Islam
(diikuti Story Book yang bersaiz kecil) di bahagian atas ikatan.

Sebarang kehilangan hendaklah disertakan dengan gantian supaya anak tuan puan dapat menerima buku untuk tahun seterusnya.

Lampiran senarai buku teks boleh didapatkan di SINI

Sekian. Terima kasih.
#terimabaikpulangbaik.

Unit SPBT, HEM
SKSRD

Sunday, 31 January 2021

Jadual Kelas Tahun 4


 

Muat Turun Buku Teks Digital 2021



Muat Turun Buku Teks Digital 

Langkahnya adalah seperti berikut:

1. Pergi ke laman web www.moe-dl.edu.my

2. Sila login menggunakan akaun Google yang dibekalkan oleh sekolah.
(Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my)

3. Klik pada Ikon MURID

4. Klik Buku Teks Digital

5. Pilih Subjek Buku Teks

6. Boleh preview atau download sebagai fail PDF.

Sekiranya tidak boleh
masuk dalam https://public.moe.gov.my/, boleh isi Google form ini http://gg.gg/spatkpm


Sunday, 17 January 2021

Pengemaskinian Maklumat Ibu Bapa 2021

Pengemaskinian Maklumat Ibu Bapa / Penjaga Secara Dalam Talian 2021.

Layari portal https://public.moe.gov.my/  untuk mengemaskini maklumat murid secara dalam talian. Boleh rujuk di Manual Penggunaan untuk mengetahui cara-cara mengemaskini maklumat tersebut.

Pengemaskinian Data Profile Anak dan Data Kesihatan

 
 
 

Saturday, 16 January 2021

Program NILAM 2021

Program NILAM 2021 telah bermula.

Tidak ada buku NILAM nak rekodkan bacaan?  

Tidak mengapa. Kini NILAM anda akan menjadi semakin mudah. Hanya klik pada pautan di bawah utk merekodkan bacaan anda.

https://forms.gle/fe812WWwusCBjavQ9

Tak ada bahan bacaan dirumah? Semua buku dah dibaca?

Tidak mengapa. Anda boleh mengunjungi Rak Buku Maya Pusat Sumber Ungku Aziz SURADA untuk memilih bahan bacaan yang sesuai dengan anda . Sila klik link dibawah untuk mendapatkan bahan bacaan anda.

http://gg.gg/psssurada

Salam NILAM,
GPM SKSRD